iPhone 11 tak boleh touch, customer datang ke kedai minta kami tukarkan LCD baru tapi bila kami cek sebenarnya iPhone dah masuk air. Tanpa buang masa kami buat water damage cleaning pada phone customer. Selepas selesai cleaning baru kami tukar LCD baru dan test semua function.
Alhamdulillah, hanya LCD sahaja masalah. Siap pada hari yang sama juga. Jika korang ada masalah phone masuk air kami cadangkan cepat-cepat buat cleaning dulu sebelum masalah lebih melarat.